Monday, 3 December 2012
KFC lagi
agak lama aku tak menulis di ruang ini....hmmm...fikri ok je buat masa ni......mana tidaknya adik dan kakaknya ada kat rumah....langsung dia tak pergi ke pusat jagaannya.....manja bukan main....kejap2 adiknya suap makan....kejap2 along pula..... dan bila mak su dia pulak datang ....pasti bawa kfc dan pizza....memang seronok gilerlah tu..... sampai sampah2 diselongkarnya mencari kotak kfc........
Friday, 23 November 2012
23 November 2012
Sepanjang 3 hari lepas aku ke Melaka atas urusan kerja. Balik disambut dengan gembira oleh Fikri. Apalagi bila mendapat permainan kegemarannya.... sebiji bola getah lutsinar yang di dalamnya ada nemo.... alhamdulillah nampak gaya dia memang suka.... hmmmm... tak lekang bola tu dari tangannya,,,, sampai nak ke bilik air pun dibawanya bersama.... Lewat pagi baru tidur sebab asyik main aje dengan bola tu,,,,,, maklumlah bercahaya bila diketuk.....
Ini membuatkan aku terkenang suatu kisah dulu di mana bila dapat aje benda-benda macam ni..... bukan main seronok ...tak siapa boleh boleh ambik lagi selepas tu.... tapi... mainan tu akan cuma bertahan paling lama pun sehari dua aje ...... lepas tu dia akan proses sampai hancur lerai mainan tu..... yalah sehingga ke akar umbi.....
Ini membuatkan aku terkenang suatu kisah dulu di mana bila dapat aje benda-benda macam ni..... bukan main seronok ...tak siapa boleh boleh ambik lagi selepas tu.... tapi... mainan tu akan cuma bertahan paling lama pun sehari dua aje ...... lepas tu dia akan proses sampai hancur lerai mainan tu..... yalah sehingga ke akar umbi.....
Saturday, 17 November 2012
17 NOVEMBER 2012
Entah apa yang difikirkan dek Fikri waktu ni....semalaman dia asyik duduk depan laptop tengok cerita Ranggo... Macamana dia replay cerita tu tak pulak aku tahu.... pukul dua pagi ayahandanya tersedar dan dia masih enjoy menonton movie berkenaan.... paginya dengan keadaan mata yang merah masih berminat duduk depan laptop tengok cerita Cars pulak.... macam-macam aksi dibuatnya..... Fikri...Fikri... seronok tengok kalau Fikri seronok.....syukur
Monday, 12 November 2012
11 November 2012
Dah dua hari (Sabtu dan Ahad) aku sibuk menghadiri latihan jurulatih untuk tarian Cuti2 1Malaysia... Fikri aku tinggalkan pada along...bila waktu petang,,,baru aku balik...Aku perasan jugak Fikri asyik pandang aku dan memegang kepalanya.... apa dia nak sebenarnya...aku pun letih sangat... lalu aku dekati dia dan meletakkan kepala ke ribaanku sambil memicit2 kepalanya...apalagi ku lihat dia bagai tersenyum puas... oohhh... nak bermanjalah tu dan nak lepaskan geram kerana aku tak pedulikan dia... selalunya jangan nak disentuh atau dekati dia kalau tak ada apa2 keperluan... pantang tok nenek dia... semalan terbalik pula...
Wednesday, 7 November 2012
7 NOVEMBER 2012
Tadi aku bawa Fikri makan KFC .... pusing aje masuk simpang.... senyum dia dah sampai ke telinga... walaupun dia tak tahu membaca tetapi lambang KFC macam dah terpahat dalam kepalanya.... apalagi turun aje kereta ... terus heret tangan ayahandanya masuk ke dalam KFC..... seronok tengok gelagat dia makan.... dia paling suka makan french fries dan nugget... burger pun sama... apapunlah asal KFC punya.... he he he ,,,, sampai bahagian aku pun habis diambilnya....
Monday, 5 November 2012
NAMUNKU PUNYA HATI
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...
( ulang dari 1 )
5 November 2012
Pagi ini macam biasa Fikri bangun cepat dari tidurnya.... rasanya dia buat projek lagi malam tadi... matanya masih merah ketika dikejutkan... apalagi aku terus ke dapur dan ku lihat sampah habis dikirainya... hmmm..ini salah aku juga... terlampau penat semalam sampai tak sempat nak buang sampah... terus masuk tidur.... satu kerja tambahan buat aku pagi ni... hehehe...
MOTHER OF A SPECIAL CHILD
While playing with my baby doll,
I thought that jobs not hard at all
I'd have a baby, maybe two,
a girl in pink...a boy in blue
Well I grew up and sure enough,
The baby that was sent to me, was born with disabilities
The baby that was sent to me, was born with disabilities
At first I'm frightened through and through,
there's much to learn to care for you
This wasn't in my plans at all,
when I was young and played with dolls
Your mind and body were so weak,
you might not ever walk or speak
So much special care required,
I'm often scared and often tired
As months and years go slowly by,
I smile a lot but sometimes cry
To watch you grow and not complain,
though you endure your share of pain
Oh, how I'd hold you and I'd pray,
that you'd be healed and whole someday
But I knew that was not to be,
not physically or mentally
And so I taught you best I could,
your progress wasn't very good
But then one day I realized,
as I gazed into your loving eyes
That I had learned so much from you,
determination...courage too
A love so unconditional, it floods my soul and always will
I'm proud to say I gave you birth, for you're an angel here on earth
SIAPA DIA????
Ahmad Fikri merupakan seorang anak yang comel lahir pada 9 November 1992. Sepanjang aku mengandungkannya...entah mengapa aku tidak pernah sihat....muntah hari-hari dan mabuk sepanjang proses mengandung.....namun aku gagahi juga...kesian pada anak dalam kandunganku... Fikri merupakan anak ketiga daripada 4 adik beradiknya... jadi bukannya aku tak biasa mengandung sebelum ini? .... namun nak mengangkat sehelai daun keringpun aku rasa macam tak sanggup.... cabaran betul....
SELAMAT DATANG
Blog ini bakal membawa para pembaca bersama-sama merasai perjalanan hidup insan istimewa bernama AHMAD FIKRI yang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan...dia dikategorikan sebagai terencat akal... dilahirkan dengan masalah jantung, masalah penglihatan, masalah pendengan dan hyperaktif......
Subscribe to:
Posts (Atom)